15.2 C
New York
Monday, November 18, 2024

BMW M5 G90 diperkenal dengan sistem PHEV – enjin V8 4.4L 727 PS, tork 1,000 Nm, 0-100 km/j 3.5 saat


BMW M5 G90 diperkenal dengan sistem PHEV – enjin V8 4.4L 727 PS, tork 1,000 Nm, 0-100 km/j 3.5 saat

Sebelum ini semasa BMW M5 generasi keenam F90 diperkenalkan, ia membawa suatu perubahan yang radikal kepada mannequin M5 dengan pemasangan sistem pacuan semua roda. Sekarang pengeluar Jerman itu naik satu tahap lagi dengan memasukkan pula sistem plug-in hybrid kepada sedan sports activities ini.

Buat pertama kali dalam sejarahnya, M5 kini mendapat enjin dengan bantuan kuasa elektrik, yang dipanggil oleh BMW sebagai sistem M Hybrid – juga digunakan pada XM. Antara nombor pentingnya adalah kuasa 727 PS (717 hp atau 535 kW), tork 1,000 Nm dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat. Walaubagaimanapun, kereta ini sudah bertambah berat dengan kini hampir mencapai 2.5 tan dan 500 kg lebih berat berbanding M5 F90 sebelum ini.

Penggerak utama M5 G90 ini adalah enjin petrol V8 4.4 liter twin turbo, yang mampu menghasilkan 600 PS (591 hp atau 441 kW) pada 6,000 rpm dan tork 750 Nm dari 1,800 ke 5,600 rpm. Ia kemudiannya dipadankan bersama transmisi automatik M Steptronic lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda M xDrive dengan Drivelogic. Melalui mod yang disediakan, pemandu boleh menjadikan kereta ini RWD jika mahu.

Untuk transmisi, ia disepadukan dengan motor elektrik yang dapat memberi tambahan kuasa 197 PS (194 hp atau 145 kW) dan tork 280 Nm. Memberi kuasa kepada motor ini adalah bateri lithium ion 22.1 kWh, yang juga boleh memberikan jarak gerak elektrik sehingga 69 km dan boleh dicas menggunakan sumber AC 7.4 kW dalam masa tiga jam 15 minit.

Kelengkapan lain yang membantu prestasi M5 baru ini adalah termasuk sistem ekzos sport dengan injap kawalan elektronik, tapak enjin hidraulik, suspensi adaptif M, sistem stereng boleh ubah Servotronic, Integral Energetic Steering dan pendakap khas M di beberapa bahagian penting.

Brek customary yang diberi adalah unit M Compound dengan cakera 410 mm dan angkup enam piston di hadapan, manakala di belakang ia datang dengan cakera 398 mm dan angkup satu piston. Selain warna asal biru, pelanggan boleh memilih angkup yang berwarna hitam atau merah.

BMW M5 G90 diperkenal dengan sistem PHEV – enjin V8 4.4L 727 PS, tork 1,000 Nm, 0-100 km/j 3.5 saat

Brek seramik M Carbon disediakan sebagai pilihan tambahan, dan ia memberikan cakera 420 mm di hadapan, bersama angkup yang berwarna emas. Selain lebih mencengkam, ia juga 25 kg lebih ringan. Melengkapkan penampilan M5 G90 ini adalah rim M 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang.

Lima mod pemanduan disediakan iaitu Hybrid, Electrical, eControl, Dynamic dan Dynamic Plus. Jika mahukan lebih prestasi, pemandu boleh memilih M Dynamic Mode, ataupun butang tutup DSC untuk lebih gelinciran. Sistem DSC, ABS, CBC (Cornering Brake Management) dan ADB-X (Computerized Differential Brake) turut dikemas kini, manakala fungsi Launch Management dan Increase Management boleh digunakan untuk lebih prestasi.

Selain penampilan agresif dan badan yang lebih lebar, kereta ini juga mendapat barangan lain seperti spoiler kecil atas however, diffuser dengan dua muncung ekzos di setiap sisi bampar belakang serta lencana M5. Bumbung M Carbon disediakan sebagai pilihan tambahan.

Di dalam, susun atur papan pemuka sama sahaja seperti 5 Sequence biasa tetapi ia diperkemas dengan barangan M termasuk roda stereng dengan tanda merah di tengah serta butang khas M untuk pemilihan mod pemanduan. Jika mengambil pakej M Drive Skilled, pedal penukar gear sebelah kanan di stereng mempunyai tanda ‘Increase’.

Skrin Curved Show yang terdiri daripada panel instrumen digital 12.3 inci dan skrin sesentuh tengah 14.9 inci pada kereta ini turut dimasukkan dengan paparan khas M, dan menjadikan suasana lebih menarik adalah lampu suasana Interplay Bar dan head-up show. Turut disediakan adalah bumbung panoramik dan sistem bunyi Bowers & Wilkins.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles