9.1 C
New York
Monday, November 18, 2024

BYD M6 EV – hampir 1,000 unit telah ditempah hanya sebulan selepas dilancarkan pada pasaran Malaysia


BYD M6 EV – hampir 1,000 unit telah ditempah hanya sebulan selepas dilancarkan pada pasaran Malaysia

Selepas model-model seperti Honda Stream dan Proton Exora tidak lagi dijual di Malaysia, pengguna-pengguna tempatan sudah tidak ada lagi pilihan untuk mendapatkan MPV segmen-C baharu. Namun pada 15 Oktober lalu BYD telah melancarkan MPV dengan saiz sedemikian pada pasaran tempatan, tetapi dengan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya (EV) iaitu BYD M6.

Mannequin berkenaan nampaknya mendapat sambutan yang agak baik kerana baru sebulan dilancarkan, BYD Malaysia telah pun menerima hampir 1,000 unit tempahan. Perkara ini telah disebut oleh pengarah urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan ketika melancarkan BYD Sealion minggu lalu.

BYD M6 dihasilkan dengan dimensi 4,695 mm panjang dan juga jarak roda sejauh 2,800 mm. Jadi ia bukan sahaja 220 mm lebih panjang dari MPV segmen-B Mitsubishi Xpander, malah turut 70 mm lebih panjang dari Proton Exora. Pasaran Malaysia menerima M6 dalam dua varian iaitu varian asas Commonplace dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM109,800, manakala mannequin spesifikasi paling tinggi Prolonged pula berharga RM123,800.

BYD M6 EV – hampir 1,000 unit telah ditempah hanya sebulan selepas dilancarkan pada pasaran Malaysia

Kedua-dua varian tersebut menerima motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan. Untuk varian asas Commonplace, motor yang dibekalkan menghasilkan kuasa 163 PS (160 hp atau 120 kW) dan tork 310 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.1 saat. Manakala varian tertinggi Prolonged menerima motor elektrik dengan kuasa lebih besar iaitu 205 PS (201 hp atau 150 kW), membolehkan ia membuat pecutan sama dalam masa 8.6 saat.

M6 varian Commonplace dan Prolonged ini menerima bateri litium logam fosfat (LFP) Blade, tetapi dengan kapasiti berbeza. Bateri pada varian Commonplace adalah berkapasiti 55.4 kWj membolehkan ia bergerak sejauh 350 km, manakala varian Prolonged pula berkapasiti 71.8 kWj membolehkan ia bergerak sejauh 450 km – kedua-duanya dalam kitaran ujian WLTP.

Untuk pengecasan, M6 Commonplace boleh menerima pengecas pantas DC 89 kW, manakala varian Prolonged boleh menerima sehingga 115 kW, membolehkan bateri dipenuhkan dari 10%-80% dalam masa hanya 40 minit. Ia juga boleh dicas menggunakan sistem AC, di mana kedua-duanya hanya menerima sehingga 7 kW.

BYD M6 EV – hampir 1,000 unit telah ditempah hanya sebulan selepas dilancarkan pada pasaran Malaysia

Antara perincian normal yang dibekalkan termasuk skrin tengah 12.8-inci yang boleh diputar dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, enam-pembesar suara, paparan instrumen analog bersama skrin pelbagai data TFT lima-inci, upholsteri kulit sintetik, kad kunci NFC, penghawa dingin automatik dengan penapis PM 2.5, cermin pandang belakang auto-malap, fungsi V2L dan brek parkir automatik dengan fungsi brake maintain.

Manakala varian Prolonged menerima penambahan fungsi seperti bumbung panaromik, tempat duduk hadapan larasan kuasa (enam-hala pemandu dan empat hala penumpang), pengecas telefon pintar tanpa wayar, rak bumbung, set pedal aloi, pintu tailgate berkuasa dan lampu tinggi automatik.

BYD M6 2024 Prolonged

BYD M6 2024 Commonplace

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles