13.8 C
New York
Monday, November 18, 2024

Zeekr Combine dilancarkan di China – MPV EV lima tempat duduk dengan tiga pintu lungsur, jarak gerak 702 km


Zeekr Mix dilancarkan di China – MPV EV lima tempat duduk dengan tiga pintu lungsur, jarak gerak 702 km

Selepas didedahkan April lalu, Zeekr Combine akhirnya dilancarkan untuk pasaran China, dengan membawa keunikan yang tersendiri. MPV ini ini cuma boleh menempatkan lima orang, tetapi menampilkan pelbagai tetapan dan kegunaan di bahagian dalam.

Dengan ukuran panjang 4,688 mm, Combine ini sebenarnya 100 mm lebih pendek berbanding Nissan Serena C28, tetapi jarak rodanya lebih panjang (3,008 mm) dan mencatat lebar 1,995 mm serta tinggi 1,775 mm. Ia juga adalah kenderaan produksi pertama yang dibina atas platform Sustainable Expertise Structure (SEA) Geely versi SEA-M, yang disediakan untuk MPV, robotaxi serta kenderaan logistik.

Bentuk Combine ini ternyata unik dengan permukaan badan serba licin dan di hadapan terdapat lampu Stargate yang terdiri daripada 1,960 unit LED. Pemandu bukan sahaja boleh menetapkan nyalaan sendiri, malah juga memaparkan mesej pada lampu ini untuk dilihat oleh orang lain. Bahagian belakang seperti biasa menggunakan jalur lampu penuh dari kiri ke kanan.

Zeekr Mix dilancarkan di China – MPV EV lima tempat duduk dengan tiga pintu lungsur, jarak gerak 702 km

Apabila pintunya dibuka bertambahlah lagi keunikannya. Pada bahagian pemandu ia terbuka seperti biasa, tetapi bagi tiga pintu lagi, ia dibuka secara lungsuran. Bagi dua pintu belakang, itu mungkin biasa, tetapi pintu hadapan sebelah penumpang juga dibuka secara lungsur, tetapi ke hadapan. Anda juga boleh melihat tiada rel pada badan untuk pintu lungsur ini kerana ia menggunakan cantilever besar.

Selain daripada itu, Combine juga tidak mempunyai b-pillar, sekaligus memberikan ruang lebih besar untuk penumpang keluar dan masuk. Bagi memastikan badannya kekal kuat, kerangka bumbung dibuat menggunakan besi berkekuatan tinggi yang melalui proses penebalan unik.

Di dalam, Combine menggunakan papan pemuka berbentuk rata, dengan di hadapan pemandu terdapat panel instrumen 13 inci dan skrin sesentuh untuk infotainmen di tengah bersaiz 15 inci. Skrin ini juga boleh dipusing sehingga 12 darjah ke arah pemandu dan 47 darjah ke arah penumpang hadapan.

Zeekr Mix dilancarkan di China – MPV EV lima tempat duduk dengan tiga pintu lungsur, jarak gerak 702 km

Di antara penumpang hadapan dan belakang terdapat konsol tengah petak dengan perehat tangan dan peti sejuk untuk penumpang belakang. Ia boleh dilungsur 790 mm ke hadapan atau belakang dan datang dengan beberapa tapak untuk menempatkan meja, peletak cawan atau tilam angin (apabila tempat duduk hadapan dilipat rata).

Penumpang belakang pula disediakan dengan fungsi keselesaan seperti sebuah limosin, dengan tempat duduk yang mempunyai ciri pemanas, liang udara, larasan kuasa, perehat kaki serta fungsi mengurut. Walaupun dengan ciri seperti ini, ia masih menyediakan ruang barangan 568 liter di belakang dan boleh menjadi 2,000 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Tempat duduk hadapan juga mempunyai fungsi uniknya sendiri. Ia boleh dipusing sama ada terus menghadap ke belakang atau ke bahagian tepi untuk melihat ke bahagian luar. Menurut Zeekr, ini membolehkan aktiviti seperti memancing sambil duduk di dalam kereta. Selain itu, ia juga boleh ditolak rapat ke papan pemuka untuk memberi lebih ruang.

Zeekr Mix dilancarkan di China – MPV EV lima tempat duduk dengan tiga pintu lungsur, jarak gerak 702 km

Semua mannequin Combine dipacu oleh satu motor elektrik di belakang, yang mampu menghasilkan kuasa 421 PS (310 KW) dan tork 440 Nm, membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat. Dengan tidak banyak komponen di bahagian hadapan, radius pusingan tayarnya dapat dijadikan lebih kecil hingga menjadi bawah lima meter.

Pilihan bateri yang disediakan adalah termasuk pek lithium iron phosphate (LFP) 76 kWh atau nickel manganese cobalt (NMC) 102 kWh, yang masing-masing memberikan jarak gerak 550 km dan 702 km. Melalui binaan elektrikal 800 volt, Combine dapat menerima pengecasan sehingga 420 kW.

Disebabkan itu, untuk mengecas bateri dari 10 ke 80% ia cuma mengambil masa 10.5 minit bagi pek bateri yang lebih kecil dan 15 minit untuk pek yang besar. Combine juga boleh menyediakan kuasa mengecas DC sehingga 60 kW untuk disalurkan kepada kenderaan lain. Fungsi V2L pula masih di kadar 3.3 kW.

Zeekr Mix dilancarkan di China – MPV EV lima tempat duduk dengan tiga pintu lungsur, jarak gerak 702 km

Dalam keadaan customary Combine datang dengan sensor lidar di atas cermin hadapan, dan apabila digabung dengan pemproses Nvidia Drive Orin-X, ia dapat memberikan pelbagai sistem bantuan termasuk Navigation Zeekr Pilot (NZP, pilihan tambahan).

Harga Combine bermula 279,900 yuan (RM171,200) untuk yang datang dengan pek bateri kecil, dan meningkat sehingga 299,900 yuan (RM183,800) untuk mannequin jarak gerak lebih jauh. Memandangkan Zeekr akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, adakah anda ingin melihat mannequin ini juga ditawarkan kepada pengguna kita?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles