18.7 C
New York
Monday, November 18, 2024

PENDAPAT: Proton S70 segmen-B atau segmen-C?


PENDAPAT: Proton S70 segmen-B atau segmen-C?

Sejak dari ura-ura pembinaannya lagi, ramai yang berdebat mempersoalkan sama ada Proton S70 adalah sedan segmen-B atau segmen-C. Untuk Proton sendiri, ia sudah tentu adalah dalam kelas segmen-C dan sebab itulah ia diberikan angka ’70’ sama seperti SUV segmen-C X70.

Namun ada yang mempertikai kelas tersebut kerana ia dibina berasaskan platform B-Phase Modular Structure (BMA) dari Geely yang turut menjadi asas kepada SUV segmen-B Proton X50. Malah untuk kembar S70 sendiri iaitu Geely Emgrand pula diklasifikasi sebagai sedan segmen-B+ kerana ia lebih besar dari segmen-B biasa.

PENDAPAT: Proton S70 segmen-B atau segmen-C?

Jadi setiap orang ada justifikasi sendiri sama ada Proton S70 ini adalah sedan segmen-B atau segmen-C. Tapi untuk penulis sendiri yang sudah pun menguji kereta ini, tak syak lagi S70 adalah sedan segmen-C sebenar. Kenapa? Penulis akan kongsikan pada artikel ini, namun sebelum itu ingin penulis tegaskan bahawa ini adalah pendapat peribadi, dan anda boleh buat penilaian anda sendiri, tiada yang betul atau yang salah.

Penulis akan menunjukkan S70 ini sebuah sedan segmen-C sebenar menerusi perbandingan yang dibuat terhadap salah satu sedan segmen-B paling widespread di Malaysia iaitu Toyota Vios.

1. Susunan dan bentuk tempat duduk

Pada penulis, ini adalah perbezaan paling ketara sekali antara sebuah mannequin segmen-B dan juga segmen-C. Ini kerana dengan jarak roda yang lebih pendek, adalah penting untuk pengeluar mereka bentuk tempat duduk hadapan dan belakang bagi memberikan rasa yang luas dalam kabin dengan kapasiti ruang yang terhad.

Oleh itu lazimnya model-model segmen-B ini (termasuk mannequin seperti Perodua Myvi, Honda Jazz, Honda Metropolis dan lain-lain) akan diberikan bumbung yang tinggi kerana tempat duduknya juga akan direka tinggi. Dengan posisi duduk yang hampir seperti bangku, pemandu dan penumpang akan merasakan ruang yang kecil tersebut lebih luas kerana kedudukan kaki yang lebih tegak ke bawah.

Namun dengan rekaan sebegini akan memberikan posisi duduk untuk pemandu yang tidak sporty, rasa ‘tertenggek’ seperti memandu sebuah MPV. Untuk mannequin Vios terdahulu posisi tombol gear dan tuil brek tangan juga terasa agak jauh untuk dicapai dengan posisi duduk seperti ini, namun bagi mannequin generasi baharu NGC102 konsol terowong tengahnya telah pun ditinggikan bagi memudahkan tombol gear dicapai.

Posisi pemanduan Proton S70 (kiri) dan Toyota Vios (kanan)

Dengan rekaan seperti ini juga akan menyebabkan bahagian bawah kerusi direka pendek, memberikan sokongan pada bahagian peha yang tidak sepenuhnya. Ini akan menyebabkan pemandu kurang selesa untuk pemanduan jarak jauh.

Manakala pada bahagian belakang, secara spesifiknya pada Vios ini, dengan tempat duduk yang tinggi dan juga bumbung bahagian belakang yang direka landai seperti coupe menyebabkan kepala penumpang begitu hampir dengan bumbung. Untuk penumpang yang tinggi masalah ini akan menyebabkan kepala akan kerap terhantuk pada bumbung. Juga sokongan peha juga agak pendek sama seperti tempat duduk hadapan.

Apabila berpindah ke kabin S70, keadaan ini berubah sepenuhnya. Walaupun jarak roda S70 ini adalah 2,627 mm, atau hanya 7 mm lebih jauh dari Vios dan tidak mencapai 2,700 mm seperti kebanyakkan sedan segmen-C masa kini, ia sudah cukup untuk merubah susunan tempat duduk dalam kabin.

Posisi duduk penumpang belakang Proton S70 (kiri) dan Toyota Vios (kanan)

Duduk sahaja pada tempat duduk pemandu, anda terus dapat rasakan posisi yang lebih rendah dengan kaki melunjur ke hadapan, dan bahagian bahu adalah hampir separas dengan bahagian asas cermin tingkap. Bukan itu sahaja, malah bahagian bawah tempat duduk tersebut juga direka dengan panjang yang secukupnya untuk menyokong hampir sepenuhnya bawah peha.

Ini antara faktor yang membuatkan S70 ini lebih seronok untuk dipandu, khususnya bagi lebih merasai pergerakan badan kereta berkenaan lebih-lebih lagi ketika mengambil selekoh kerana pemandu berada pada bahagian graviti yang lebih rendah.

Penumpang belakang pula mempunyai ruang lega kepala yang cukup tanpa risau terhantuk pada bumbung, serta sokongan peha juga cukup. Ruang kelegaan kaki juga agak baik, namun harus diakui ruang kaki pada Vios adalah lebih besar.

2. Badan lebih lebar, bumbung lebih rendah, nampak lebih sporty

Walaupun jarak rodanya agak pendek, S70 direka dengan lebar sebenar sebuah sedan segmen-C iaitu 1,809 mm. Ia bukan sahaja lebih lebar dari Vios (1,740 mm), malah lebih lebar dari Honda Civic (1,802 mm) dan Toyota Corolla Altis (1,780 mm).

Dengan tempat duduk yang diposisikan lebih rendah juga membolehkan bumbung S70 ini direka lebih rendah. Tinggi keseluruhan S70 ini adalah 1,466 mm, berbanding Vios yang lebih tinggi dengan ukuran 1,480 mm.

Jadi dengan dimensi lebih lebar dan rendah yang memberikan satu stance yang gagah, S70 tidak memerlukan rekaan luaran yang ‘strive exhausting’ seperti bumbung coupe atau muncung yang tajam dan sebagainya. Dengan hanya rupa sebuah sedan tiga-kotak klasik sudah cukup menaikkan imej sporty dan matang.

Dengan rupa lebih ‘leper’ ini juga sudah cukup untuk memisahkan S70 bukan sahaja dari Vios, malah dengan model-model segmen-B lain yang ‘kurus dan tinggi’ lain seperti Honda Metropolis, Mazda 2 dan Proton Persona.

3. Unit rangkaian kuasa

PENDAPAT: Proton S70 segmen-B atau segmen-C?

Ini merupakan aspek penting yang mengesahkan bahawa Proton S70 merupakan sebuah sedan segmen-C. Ambil contoh MG5 yang baru dilancarkan di Malaysia baru-baru ini misalnya, walaupun ia mempunyai jarak roda lebih jauh iaitu 2,680 mm, MG hanya mengklasifikasikan mannequin ini sebagai sedan segmen-B di Malaysia kerana ia hanya dibekalkan dengan enjin 1.5 liter empat silinder NA 112 hp/150 Nm bersama kotak gear CVT.

Manakala S70 pula menerima enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo bersama kotak gear klac berkembar automatik-tujuh kelajuan, di mana gandingan ini tidak wujud pada Geely Emgrand untuk mana-mana pasaran lain dalam dunia termasuk China, kerana kembarnya itu hanya menerima enjin 1.5 liter NA juga digandingkan dengan kotak gear CVT.

Enjin yang dibekalkan pada S70 ini mampu untuk mengerah 148 hp pada takat 5,500 rpm dan juga tork maksima 226 Nm pada kilasan serendah 1,750 rpm. Walaupun ia tidak menghasilkan kuasa sama besar dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo Civic yang menjana 180 hp/240 Nm, ia masih lebih berkuasa dari enjin 1.8 liter 137 hp/172 Nm pada Toyota Corolla Altis dan dibekalkan tork lebih besar dari enjin 2.0 liter pada Mazda 3 yang menjana 162 hp/213 Nm.

PENDAPAT: Proton S70 segmen-B atau segmen-C?

Dan Vios, sudah tentu ‘kalah teruk’ dalam aspek ini. Ia hanya dibekalkan dengan enjin 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder petrol berkuasa 106 PS dan tork maksima 138 Nm tork maksima, dipadankan bersama kotak gear D-CVT – kombinasi yang sama pada Perodua Myvi terkini tetapi kuasa hatchback dari Rawang tersebut sedikit kurang iaitu hanya 102 hp/136 Nm.

Beza angka kuasa dan tork yang agak besar serta prestasi kotak gear klac berkembar yang cukup responsif pada Proton S70 berkenaan dengan jelas meletakkan Vios di kelas yang berlainan sekiranya anda memandu kedua-dua mannequin ini secara back-to-back.

4. Perincian-perincian lain

PENDAPAT: Proton S70 segmen-B atau segmen-C?

Dari segi kelengkapan, tidak ada masalah untuk Proton S70 berdiri sama tinggi dengan model-model segmen-C lain dalam pasaran Malaysia. Dan ada perincian tertentu S70 adalah terbaik dalam kelasnya seperti mempunyai skrin infotainmen paling besar (12.3-inci) dan juga ruang however paling luas (500 liter) berbanding pesaing terdekat.

Manakala untuk Vios, ia juga kini sudah cukup canggih dengan menerima pelbagai kelengkapan seperti model-model segmen-C seperti kamera pemantau 360 darjah, cruise management adaptif, paparan instrumen digital, pengecas telefon pintar tanpa wayar, perapi-perapi sentuhan lembut dalam kabin dan sebagainya.

Cuma ada satu perkara yang S70 kalah dalam bab ini berbanding Vios, iaitu ia masih tidak diberikan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay (AACP). Ya memang S70 sudah mempunyai aplikasi Joox dan Spotify bina dalam, tetapi sistem navigasi bina-dalam pada skrin tersebut masih lagi tidak secekap aplikasi Waze atau Google Maps.

PENDAPAT: Proton S70 segmen-B atau segmen-C?

Apapun, Proton S70 sememangnya berbaloi dari segi harga. Walaupun ia dibekalkan dengan spesifikasi setaraf model-model segmen-C, ia dijual pada harga dalam julat model-model segmen-B. Proton S70 ditawarkan dalam empat varian bermula varian paling asas Government berharga RM73,800, Premium berharga RM79,800, Flagship berharga RM89,800 dan Flagship X berharga RM94,800.

Manakala untuk Vios, mannequin pasaran Malaysia ditawarkan dalam dua varian bermula dengan varian asas 1.5 E dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM89,600, manakala varian tertinggi 1.5 G dijual pada harga RM95,500.

Laporan penuh pandu uji untuk kedua-dua mannequin ini telah pun penulis sediakan sebelum ini. Jika mahu baca laporan pandu uji Proton S70 anda boleh klik pada PAUTAN INI, dan sekiranya mahu baca laporan pandu uji Vios anda boleh baca pada PAUTAN INI.

Jadi untuk yang rasa Proton S70 sememangnya masih sedan segmen-B, anda boleh kongsikan pandangan tersebut pada ruang komen di bawah atau pada laman-laman media sosial kami.

GALERI: Proton S70 Flagship X

GALERI: Toyota Vios 1.5 G

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles