13.2 C
New York
Tuesday, November 19, 2024

Xiaomi SU7 Max dipamer di Malaysia – EV berkuasa 673 PS/838 Nm, 0-100 km/j 2.78s, jarak gerak 800 km


Xiaomi SU7 Max dipamer di Malaysia  – EV berkuasa 673 PS/838 Nm, 0-100 km/j 2.78s, jarak gerak 800 km

Kereta pertama keluaran jenama telefon pintar China, Xiaomi iaitu Xiaomi SU7 EV kini sedang dipamerkan Middle Court docket Suria KLCC. Walau bagaimanapun ini bukan petanda bahawa ia akan dilancarkan di sini, tetapi kami difahamkan bahawa Xiaomi membawa kereta yang agak viral ini ke sini hanya untuk tujuan menunjukkan demonstrasi kepada orang awam.

Rekaan SU7 ini bukan hanya menjadi bualan di Malaysia sahaja, malah di China sendiri mannequin yang lancarkan di sana pada Mac lalu ini habis terjual dalam masa hanya 24 jam. Di China ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu SU7, SU7 Professional dan SU7 Max, dengan harga bermula 215,900 yuan (sekitar RM130k) hingga 299,900 yuan (RM181k).

Sedan EV ini diproduksi oleh kilang BAIC Group di Beijing, dan ia menampilkan ukuran panjang 4,997 mm, lebar 1,963 mm, tinggi 1,440 mm dan jarak roda sejauh 3,000 mm. Ini menjadikan ia lebih besar dari pesaing seperti BYD Seal serta hampir sama besar seperti Tesla Mannequin S dan Porsche Taycan.

Xiaomi SU7 Max dipamer di Malaysia  – EV berkuasa 673 PS/838 Nm, 0-100 km/j 2.78s, jarak gerak 800 km

Varian asas SU7 dan pertengahan SU7 Professional datang dengan motor elektrik tunggal yang diletak pada gandar belakang menghasilkan 299 PS dan tork 400 Nm. Ini membolehkan mannequin asas memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.28 saat, manakala varian Professional memecut pada jarak sama dalam masa 5.7 saat.

Xiaomi SU7 Max pula diberikan dua motor elektrik bagi memacu semua roda. Gandar belakang diberikan motor elektrik berkuasa 374 PS dan tork 500 Nm, manakala motor elektrik pada gandar hadapan pula menghasilkan 299 PS dan tork maksima 338 Nm. Ini memberikan kuasa keseluruhan 673 PS/838 Nm, membolehkan Xiaomi SU7 Max berkenaan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 2.78 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 265 km/j.

Bateri untuk ketiga-tiga varian ini pula berbeza di mana varian asas SU7 diberikan bateri litium logam fosfat (LFP) berkapasiti 73.6 kWj, membolehkan ia bergerak sehingga 700 km (CLTC) dan mengambil masa 25 minit untuk naik dari 10 ke 80% apabila dicas menggunakan pengecas pantas DC.

Xiaomi SU7 Max dipamer di Malaysia  – EV berkuasa 673 PS/838 Nm, 0-100 km/j 2.78s, jarak gerak 800 km

Bagi SU7 Professional pula, ia menggunakan bateri nikel mangan kobalt (NMC). berkapasiti 94.3 kWj bagi memberikan jarak gerak 830 km (CLTC). Dengan pengecas pantas DC, bateri tersebut boleh dipenuhkan dari 10 ke 80% dalam masa 30 minit.

Kabin minimalis SU7 ini pula menampilkan skrin sesentuh utama 16.1-inci yang memberikan resolusi 3K, beroperasi dengan sistem on-chip Qualcomm Snapdragon 8295 dan Hyper OS Xiaomi sendiri serta diberikan hubungan Apple CarPlay. Walaupun rekaannya ringkas, masih ada suis kawalan fizikal diberikan pada konsol tengah dan roda stereng. Pemandu pula diberikan satu lagi skrin untuk paparan instrument digital.

Ada juga cagak khas pada perehat tempat duduk hadapan untuk menggantung iPad, dimana ia boleh digunakan untuk mengawal pelbagai fungsi dalam kereta seperti penghawa dingin, tempat duduk dan pemain media. Xiaomi menggelar integrasi ini sebagai CarloT, di mana ekologi {hardware}nya dibuka untuk semua pihak.

Lain-lain perincian yang turut diberikan termasu suspensi udara dengan penyerap hentak adaptif, penutup gril aktif dengan 16 tahap larasan dan juga sayap belakang aktif dengan larasan empat tahap. Manakala bagi sistem bantuan, SU7 ini diberikan Xiaomi Pilot dengan 16 fungsi, bersama Nvidia Drive Orin SOC, memberikan 508 kuasa pemprosesan teratas.

Sebanyak sembilan warna ditawarkan bagi pasaran China iaitu Aqua Blue, Mineral Grey, Verdant Inexperienced, Meteor Blue, Radiant Purple, Basalt Grey, Lava Orange, Pearl White dan Diamond Black, manakala bahagian kabin pula diberikan pilihan tema warna Galaxy Grey, Twilight Purple, Mist Purple atau Obsidian Black.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles